Biodata
Carl Orff dilahirkan pada tahun 1895. Beliau merupakan seorang pencipta muzik Jerman yang telah berjaya mengukir nama dalam bidang Pendidikan Muzik daripada bidang ciptaannya. Carl orff mula berfikir tentang pendekatan dan segala ideanya tentang pendidikan sejak tahun 1920 yang banyak dipengaruhi oleh konsep urismik yang dipopularkan oleh Dalcroze. Sebuah sekolah muzik khas telah didirikan bersama dengan seorang guru tarian yang bernama Dorothea Gunther iaitu Sekolah Gunther. Pertubuhan Orff yang terbesar di dunia wujud di Amerika Syarikat iaitu America Orff Schulwerk Association (AOSA) khas untuk mengekalkan falsafah Orff.
4 Peringkat dalam proses pembelajaran Orff
- Imitasi
- Eksplorasi
- Literasi
- Improvisasi